BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, November 9, 2010

klasifikasi kemahiran dan perbezaan individu

Pengenalan

Pengetahuan mengenai pertumbuhan dan kematangan adalah perlu untuk memastikan pembelajaran motor dapat dimaksimumkan sejajar dengan tahap kebolehan penerimaan pengajaran kemahiran. Pengklasifikasikan kemahiran pula membolehkan kita memahami sifat kemahiran berkenaan. Kefahaman ini membantu kita mempelajari suatu kemahiran atau meningkatkan prestasi kemahiran tersebut.


5.2.1 Klasifikasi kemahiran

5.2.1.1 Kemahiran motor kasar dan halus

Kemahiran halus

Halus/kasar

Kemahiran kasar

>-Melibatkan pergerakan

kecil;menggunakan otot

kecil.

>Sukar dilihat kecuali

hampir dengan pelaku.

Contoh:

-Melambung syiling

-Menulis

-Menggosok gigi

>Penggunaan otot besar dan otot kecil

Contoh:

-Hantaran bola berputar

sofbol untuk dipukul

-‘Lay-up’ bola keranjang

>Menggunakan otot besar

>Mudah dilihat

Contoh:

-Berjalan

-Berlari

-Berenang

-Menyepak bola


5.2.1.2 Kemahiran terbuka dan tertutup

Kemahiran terbuka

Kemahiran tertutup

>Persekitaran sentiasa berubah, tidak

stabil dan sukar diduga.

>Corak pergerakan kerap diadaptasi

>Lebih kepada daya persepsi

>Kerap lakukan corak kemahiran

berbeza.

> Prestasi sukar diramal

Contoh:

-Menerima servis bola tennis

-Menghantar shuttle ketika pukulan

rali dalam permainan badminton

-Bermain bola sepak

-Bergusti

-mengejar ayam

>Persekitaran adalah tetap dan stabil

> Kawal kecepatan sendiri

> Corak pergerakan 'stereotyped'

> Jarang guna mental (spontan)

> Lebih kebiasaan

Contoh:

-Penembak kesasaran yang statik

-Lontaran bebas bola keranjang

-Pemanah sedia memanah

-Melakukan aksi gimnas

-Menaip


Latihan 3 – Menguji minda anda!


Kemahiran boleh diklasifikasikan kepada kemahiran tertutup dan terbuka. Dimensi

apakah yang anda akan gunakan jika anda ingin mengklasifikasikan kemahiran

memandu kereta ataupun berjalan di atas tali?


5.2.1.3 Kemahiran self-paced dan externally paced

‘Self-paced’

‘Externally paced’

>Juga dipanggil internal paced atau

kemahiran tertutup

>Mengawal perlakuan mengikut

kemampuan diri

Contoh:

-Boling

-Larian 3000 m

>Pelaku bergantung kepada kelajuan/ pacing yang tidak dapat dikawal

Contoh:

-Sukan berpasukan


5.2.1.4 Kemahiran terasing, berurutan dan berterusan

Kemahiran terasing/diskrit

Kemahiran berurutan/serial

Kemahiran berterusan/continous

>Memerlukan satu usaha

>Permulaan dan penamat

kemahiran boleh dikesan.

Contoh:

-Lontaran bebas bola

keranjang

-Membaling anak panah

ke papan

>Melibatkan satu siri

pergerakan, dalam

turutan

>Merupakan pergerakan

terasing yang diulang.

Contoh:

-Servis tenis

-Lay-up bola keranjang

>memerlukan aksi

berulang

>Tiada titik mula dan

tamat bila-bila masa

sahaja.

Contoh:

-Mengayuh basikal

-Berkanu

-Berjalan

-Berlari

-Berenang


5.2.1.5 Dimensi Kemahiran Motor - Kognitif

Kemahiran motor

Gabungan kemahiran motor dan kognitif

Kemahiran kognitif

Minimum buat keputusan

Maksimum kawalan motor

Ada buat keputusan dan kawalan motor

Maksimum buat keputusan

Minimum kawalan motor

>lari pecut

>lompat tinggi

>angkat berat

>pitching sofbol

>menunggang kuda

>belayar

>pemain sukan

>main catur

>memasak

>tugas jurulatih


5.2.2 Pemindahan pembelajaran

5.2.2.1 Pemindahan pembelajaran

Definisi – Merujuk kepada pengaruh pengalaman lepas/sedia ada terhadap perlakuan satu kemahiran pada kontek yang baru atau pada pembelajaran satu kemahiran yang baru.

· Pemindahan positif – Berlaku apabila pengalaman pembelajaran sesuatu kemahiran yang lepas membantu pembelajaran sesuatu kemahiran yang baru. Contoh: Orang yang tahu bermain tenis senang belajar bermain golf.

· Pemindahan negatif – Berlaku apabila pengalaman pembelajaran sesuatu kemahiran yang lepas menghalang atau menggangu pembelajaran sesuatu kemahiran yang baru. Contoh: Pemain tenis sukar untuk belajar bermain badminton.

· Pemindahan sifar/tiada pemindahan – Berlaku apabila pengalaman pembelajaran sesuatu kemahiran yang lepas tiada memberi kesan atau mempengaruhi pembelajaran sesuatu kemahiran yang baru.

§ Contoh: Belajar untuk berenang kepada belajar hendak membawa kereta.

· Pemindahan Bilateral - Berlaku apabila pemindahan pembelajaran berkaitan dengan pembelajaran tugasan yang sama tetapi dengan menggunakan bahagian kaki/tangan yang berbeza

· Kenapakah pemindahan pembelajaran itu penting?

o Kita telah mengambil kira bahawa prinsip adalah bentuk asas untuk;

§ Membentuk asas untuk perkembangan kurikulum pendidikan.

§ Membentuk asas untuk pengkaedahan pengajaran.

§ Untuk perkembangan dan perlaksanaan pendekatan bersistem kepada protokol pemulihan.

· Pemindahan potensi pembelajaran dalam pengajaran boleh dimaksimumkan oleh instruktur kemahiran motor dengan mengambil kira garis-panduan di bawah ini supaya apa yang diajar adalah lebih berkemungkinan lebih untuk dipindahkan kepada situasi pembelajaran yang baru.

- Maksimumkan kesamaan antara pengajaran dan situasi pengukuran sebenarnya.

- Sediakan pengalaman yang mencukupi dengan tugasan asal.

- Sediakan contoh-contoh yang berbagai apabila mengajar konsep-konsep dan prinsip-prinsip.

- Labelkan atau kenalpasti bahagian tugasan yang penting.

- Pastikan prinsip-prinsip umum difahami sebelum mengharapkan pemindahan yang berkesan.

5.2.2.2 Perbezaan Individu

Pembolehubah perbezaan individu adalah berdasarkan klasifikasi yang dikemukakan oleh Fleishman (1972). Pembolehubah perbezaan individu dalam aspek tahap kebolehan motor boleh dinilai berpandukan dua taksonomi keupayaan motor yang dikemukakan oleh Fleishman iaitu:

· Keupayaan persepsi motor

· Ciri-cirinya adalah:

Ø Koordinasi berbagai anggota – melibatkan interaksi semua anggota badan yang terlibat dalam sesuatu pergerakan.

Ø Ketepatan kawalan – merujuk kepada keupayaan mengawal kualiti pergerakan yang dihasilkan.

Ø Orientasi respons – merujuk kepada keupayaan untuk menghasilkan respon yang sesuai dengan keperluan persekitaran.

Ø Masa reaksi – merujuk kepada tempoh yang diambil untuk memulakan pergerakan selepas menerima rangsangan.

Ø Kelajuan respons – merujuk kepada masa yang diambil untuk melengkapkan pergerakan

Ø Keupayaan manipulasi jari – merujuk kepada keupayaan mengendalikan kemahiran halus yang melibatkan penggunaan jari seperti kemahiran bermain piano, menjahit dan ‘pitching’ bola sofbol.

Ø Keupayaan manual – merujuk kepada keupayaan mengendalikan kemahiran kasar yang melibatkan penggunaan keseluruhan bahagian tangan seperti menangkap dan membaling.

Ø Integrasi respons – merujuk kepada integrasi pelbagai maklumat sensori untuk menghasilkan pergerakan

· Kecekapan fizikal

· Ciri-cirinya adalah:


  1. Kekuatan statik
  2. Kekuatan dinamik
  3. Kekuatan ekplosif
  4. Kekuatan bahagian anggota atas
  5. Kelenturan statik
  6. Kelenturan dinamik
  7. Koordinasi asas
  8. Keseimbangan asas
  9. Daya tahan


0 comments: