Maklum balas (KR dan KP)
Selepas melakukan pergerakan atau kemahiran, atlet biasanya akan ada 2 jenis maklum balas ialah Maklum Balas Keputusan (Knowledge of Results) dan juga Maklum Balas Perlakuan ( Knowledge of Performance). Biasanya ada perbandingan dengan maklum balas-maklum balas yang di terima selepas tindakan atau pelaksanaan iaitu matlamat harapan dan pencapaian serta perlakuan harapan dan pencapaian. Jika perbandingan ini tidak ada perbezaan, maka ini bermakna atlet sudah mendapat idea pergerakan dan boleh terus ke peringkat kedua iaitu penentuan dan kepelbagaian. Bagi respons atau tindakan yang seterusnya, jika perbandingan dalam proses membuat keputusan menunjukkan perbezaan, maka atlet seharusnya berusaha cuba memperbaiki dan mengatasi kelemahan untuk mencapai matlamatnya.
Pada peringkat kedua, iaitu peringkat penentuan dan kepelbagaian, atlet berusaha mencapai aras kemahiran yang tinggi. Kemahiran pula adalah konsisten dalam mencapai matlamat. Bagi Kemahiran Tertutup fokusnya adalah menetapkan pergerakan agar pergerakan yang unggul dapat diulangi dalam situasi pertandingan. Bagi Kemahiran Terbuka, dimana rangsangan persekirannya sentiasa berubah-ubah, atlet perlu memadankan pergerakannya dengan situasi-situasi yang berubah-ubah itu untuk mencapai matlamatnya


0 comments:
Post a Comment